Monday, 12 December 2011

Rendang TOK TOK KETOK !!!!!!

Assalamualaikum

Disebabkan dah lama tak update, hari ni PCB ingat nak citer pasal rendang pulak.


lazat

Bila tengok gambar di atas ini terliur pulak PCB.Hehehe.
Ini lah menu RENDANG TOK TOK KETOK!!!
(hehehe saja je letak nama )

 
PROSES MEMBUAT RENDANG TOK TOK KETOK!!!

 
1 .Satu ekor ayam kampung yang siap di bersihkan
    dan di potong mengikut suka

habis ayam den !!
 
2. Santan 1 biji
3. Serbuk kari  (1 paket kecil )
4. Serbuk kunyit  (1 paket kecil )
5. Lada kering   (dikisar)
6. Garam dan Gula  
7. Air (1 cawan)
8. Serai (dititik)
 
CARA – CARA MEMASAK  RENDANG TOK TOK KETOK!!!!


 
  • Masukkan lada kering yang sudah dikisar , serbuk kari,serbuk kunyit ,serai serta air kedalam kuali.
  • Masak sehingga naik bau.
  • Masukkan ayam seperti gambar di bawah





ayam yang telah dibogelkan.huhu







  • Kacau seketika ayam yang sudah dimasukkan tadi.

dah mula bertukar warna
 


 
  • Masukkan santan dan kacau rata
nyum nyum nyum

 

 
·  Masukkan sedikit garam dan gula untuk bagi rasa masin dan manis masakan itu.
·  Kacau sampai kering kuahnya dan siap untuk di makan




resepi ni PCB letak mana yang PCB ingat je..kalau ade terkurang tu sendiri tambah lah ye.
al-maklum lah selera masing-masing tak sama.



 SELAMAT MENCUBA =)

2 comments:

kakchik@ella said...

lama tak makan rendang. meh sini sikit. hihi.

PapaComelBulat said...

kakchik : hehe. ni rendang raya aji hari tu..baru nak story.. hehe