Monday 25 July 2011

Pengalaman menonton Malaysia vs Singapore

Assalamualaikum

Hari ni aku just nak share pengalaman aku menonton bola sepak Malaysia vs Singapore sabtu lepas.

seperti kebiasaan,, aku akan pergi tengok bola dengan orang tersayang (sayang ke..hehe ;p )

Aku keluar kira-kira jam 6.00 petang. Lepas ambil nia aku terus g survey lokasi nak g melepak tengok bola.

Port pertama yg dituju penuh bagai nak rak(bukan rak almari ok..hehe)..hampa sungguh aku masa tu :(

pergi port ke 2 barula blh bernafas sikit.muatla jugak utk aku n partner menyelit.hehe

sampai-sampai je adela dalam 10 minit game dah mula.

1-1 ?? aik boleh tahan seri dua-dua team..ni mmg sengit ni.
ape lagi..aku terus jerit kuat-kuat panggil mamak ambil order.
padahal tekak sakit nak jerit masa tu. :)

mukadimah mesti aku akan order teh tarik.menu wajib pencuci tekak..hehe

   
:)  nyum3


sambil tu order jugak beriyani kambing.nia aku diet kot.dia order roti telur je.kuah dal mmg wajib.kalau tak memang dia tak nak makan.ish3.


blh tahan jugak singapore punya team ni.kecoh kat mamak tu kejap-kejap orang jerit gol.

ade jugak penyokong singapore lepak situ.tapi tak seramai penyokong harimau malaya.

ciput je bilangannya.hehe.

aku ade perasan time aku tengah syok2 tengok bola, ade sorang mamat ni baru datang ddk sebelah meja aku.

dia join kawan dia.
dia sampai lambat.
kerek nya muka.aku senyum dia buat tak layan je.
senyum tu kan sedekah bro :)

dlm hati aku,,takpelah..budak baru nak naik..darah tengah panas.

ade 1 masa yg team singapore dapat kad merah,, kalau tak silap aku siaran tergendala kejap..

sunyi sepi kejap kedai mamak tu..
"
"
"
"
tapi kan..

kitorang yang ade kat situ semua dikejutkan dengan bunyi mangkuk jatuh tergolek..ting3333x..

lebih kurang mcm tu la bunyinya.kuat & bergema pulak tu.


punyalah terperanjat sume yang ada kat situ.
sekali aku pusing,,

rupenya bekas kacang kat meja budak kerek td jatuh la.
dia boleh tak sengaja tersiku.
kacang rebus tu penuh lg dalam mangkuk tu & semuanya habis jatuh bersepah kat lantai.
 alahai,,rezeki-rezeki..

      
lebih kurang mcm ni la bekasnya


merah padam muka budak tu.mangkuk yg jatuh tu dah tergolek-golek kat meja belakang.
dia tak ambil pun.sebab dah bengang


tu lah daulat lagi..kan dah bengang merah padam muka tahan malu.ish3..

aku rasa kalau boleh masuk dalam poket seluar dia tu,,
agaknya mamat tu punya kepala jinga dah masuk kot..hehe..

TAPI
walau apapun, aku nak ucapkan tahniah kepada team Malaysia kerana berjaya merapatkan jurang gol kepada 3 gol.ok lah dari 1 gol kan..5-3 kira alhamdulillah la.

Safee memang hebat la dapat score gol utk Malaysia.


         
safee sali




Semoga skuad Harimau Malaya dapat tewaskan team singapore 28 july nanti..


AMIN

TATA =)


No comments: