Friday 8 July 2011

Apa salah NURRAHAYU sampai dibunuh begitu kejam?

Assalamualaikum




Aku rasa msti ramai yg dah tau pasal kes pembunuhan kejam adik Nurrahayu Qomarudin ni..
Serius aku cakap, aku mmg terkejut sebab tempat arwah mati dibunuh berdekatan dgn kawasan perumahan aku.


                                            
                      (ape salah gadis ni?? )



Memang tak tau nak kata ape dengan si pelaku kejam ni..aku harap pihak polis dpt kenakan hukuman setimpal atas kekejaman yg si pelaku tu dh buat kat arwah..sebak hati aku bile tgok muke gadis ni..ape salah dia?


Budak ni baru nak kenal kehidupan.tak sangka dia akan temui ajal dia dalam keadaan yg begitu menyayat hati..




JOHOR BAHRU - Seorang remaja berusia 16 tahun ditemui mati dalam keadaan menyayat hati apabila mangsa dibunuh dan dibakar sebanyak dua kali sebelum cebisan mayatnya ditemui di Tanah Perkuburan Hindu, Masai dekat sini kelmarin.
Mayat mangsa, Nurrahayu Qomarodin (gambar kecil) yang dilaporkan hilang pada 18 Jun lalu oleh ibu bapanya dipercayai dibakar di dua lokasi berasingan iaitu Sungai Tiram dan Tanah Perkuburan Hindu, Masai dekat sini yang jarak di antara kedua-duanya kira-kira 20 kilometer bagi menghilangkan bukti.
Keadaan mayat mangsa yang merupakan anak seorang pengusaha kantin di sebuah kuari di Masai ditemui hanya tinggal cebisan rambut, baju dan selipar di tanah perkuburan berkenaan di antara pukul 4 hingga 5 petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Roslan Zainuddin berkata, berdasarkan laporan saksi, mangsa dikatakan dilarikan oleh seorang lelaki pada hari kejadian dan sejak itu tidak pulang ke rumah keluarganya.
"Pihak polis yang menjalankan siasatan kemudian mendapat maklumat daripada orang awam yang memberitahu menjumpai cebisan rambut, baju dan selipar di sebuah tanah perkuburan Hindu, Masai.
"Berdasarkan siasatan, kesemua barang bukti konsisten dengan kes kehilangan mangsa," katanya kepada pemberita di sini semalam. Menurut Roslan, susulan penemuan mayat itu, pihaknya menahan seorang pengawal keselamatan berusia 46 tahun yang bertugas di kuari tempat bapa mangsa mengusahakan kantin.


                                              
Nasihat aku kat gadis kat luar sana terutama awex aku..hati-hatila dgn setiap perkara yg kita buat.

sesungguhnya malang tak berbau..kt tak tau ape yg akan berlaku kat kita.

Kepada keluarga arwah Nurrahayu, salam takziah aku ucapkan.semoga kalian tabah dengan pemergian adik nurrahayu..




AL-FATIHAH ..



2 comments:

myhatiku said...

terima kasih ats peringatn..
jadikan ia pengajaran :)

PapaComelBulat said...

myhatiku : sama-sama, peringatan utk diri sendiri jugak ni :)