Tuesday 28 June 2011

SEKALI LAGI LISA SURIHANI & SHAHEIZY SAM

 Assalamualaikum

siape suka LISA SURIHANI ? SHAHEIZY SAM ? sila goyangkan tangan mcm usop wilcha..haha

Cer tengok poster kat bawah ni..romantik kan LISA & SAM..

aku sekarang tengah kumpul duit nak tgok filem SEKALI LAGI ni..hehe
 
pic dapat dari incik google.

Aku salah seorang peminat mereka berdua ni.xsabar rasanya nak g tengok filem SEKALI LAGI lakonan LISA & SAM ni..yg paling buat aku teruja sebab ade si pelakon cilik adik MIA SARA NASUHA yang comel tu.

Jom baca sinopsis filem SEKALI LAGI ni :

Filem ni tentang seorang lelaki bernama Arman (Shaheizy Sam).

Arman ni merupakan seorang pesakit yang percaya dirinya menghidapi penyakit autisme (sakit ape tu?nak tahu kene tgok filem ni). 

Dia ni dijaga oleh ibu (Kartina Aziz) dan ayah saudaranya (Alex Yanz) selepas pembedahan.

Dia dijodohkan dengan (Shasha Zurazie) atas pilihan ibunya. 

Satu hari, Arman diperas ugut dan kehadiran Amy (Mia Sara Nasuha) telah menyelamatkan Arman. 

Sejak kejadian hari itu, mereka berkawan baik sehinggalah persahabatan mereka diketahui ibu Amy, Shiela (Lisa Surihani)

Shiela berang dan melarang Amy berjumpa Arman.

Agaknya mengapakah Shiela berbuat begitu? 

Segalanya akan terjawab dalam filem romantik  lakonan mantap SHAHEIZY SAM, LISA SURIHANI, MIA SARA NASUHA dan BRONT PALARAE di pawagam.

Jeng jeng jeng..
Nak tahu ke? 

Jom ramai-ramai serbu pawagam 30 JUNE 2011.

TATA =)



No comments: